Aku & Hidup

Aku dilahirkan semalam, tanggal 26 Julai tapi 23 tahun yang lepas. Kini, genaplah usia aku 24 tahun namun dewasa belum ada dalam diri aku. Aku masih mencari erti hidup dan aku masih belajar mencari sebuah kehidupan. Mungkin erti hidup akan muncul bila ada sebuah kehilangan. Namun banyak orang kata, hidup sudah tidak bererti bila kita melalui sebuah kehilangan demi kehilangan. Tapi ada orang yang redha dan akur namun ramai juga yang pasrah. Begitu juga aku, masih hidup dan hidup dalam sebuah tragedi. Tak semua tragedi adalah tragis dan pahit malah banyak yang membuatkan kita menangis kerana terlalu manis.

Kini, angka menunjukkan aku sudah dewasa, namun hari esok belum tentu ada. Tragedi Hidup banyak memberi inspirasi namun payah bagi sebuah azam menjadi realiti. Esok masih ada tapi belum pasti aku masih ada, belum pasti aku masih dalam sebuah tragedi dan belum pasti aku ketemu erti hidup.


Read more