Salam Mukkadimah

Ingin aku berbicara namun bukan tentang diri aku malah jauh sekali tentang kehidapan aku tapi kadang kala ianya signifikan dengan diri aku. Kata cerdik pandai, orang yang bijak menulis adalah orang yang bukan menulis tentang kehidupannya. Namun walau apa-apa pun segalanya membawa signifikan yang tersendiri.

Hari ini tidak tercipta dalam sejarah, namun akhirnya dapat jugak aku menghasilkan "Aku Pemerhati Bebas" yang mana outonominya terletak pada diri aku sepenuhnya walaupun ianya bukan tentang peribadi aku sepenuhnya. Sebelum ini aku telah banyak menghasilkan blog antaranya seperti Holiday@Perhentian dan The Day Before Tomorrow yang telah aku hapuskan khidmatnya. Malah masih ada yang masih aktif seperti Gerak Kerja CONVEX'07, All about Perhentian Island dan The Days with Si Palat-Palat. Cuba-cubalah korang semua luangkan masa untuk tekan menekan tajuk-tajuk blog yang tersenarai tadi.

Aku masih mencari-cari hala tuju kewujudan blog ini. Apakah konsep yang perlu aku bawa pakai dalam penulisan dan penghuraian posting-posting yang akan datang? Adakah suatu yang berbentuk formal? atau sesantai yang mungkin? atau berbentuk humor dan lucu? Tapi yang penting pembawakan dalam penulisan dalam blog ini tak akan lari dengan personaliti dan perspektif AKU. Tapi kalau korang ada cadangan tentang konsep penulisan untuk blog ini sila tinggalkan KOMEN.

Ada insan yang tertanya-tanya. Kenapa yoyoey yang digunakan pada alamat url? Dan kenapa tidak sesuatu yang bersimbolisme atau bersignifikan dengan tujuan penulisan blog ini. Atau kenapa ianya tidak sinonim dengan "Aku Pemerhati Bebas"? Entah.. seperti jawapannya aku tadi, aku sebenarnya aku masih tercari-cari identiti dan konsep bagi blog ini. Pada awalnya aku merancang untuk menggunakan sepenuhnya perkataan pada tajuk blog ini sebagai url, tapi terlalu panjang dan labuh, bagaimana dengan perkataan "Pemerhati Bebas"? Sebenarnya sudah dikebas orang. Aku masih mencari-cari, dan aku ada mencuba dengan perkataan "kelihtengok" yang begitu sinonim dengan tajuk blog ini, namun ianya sama sekali tidak sesuai untuk strategi pemasaran dunia maya. Lantas terlintas difikiran aku, kenapa tidak yoyoey yang merupakan nama pena aku dan sememangnya telah digunakan secara meluas. Malah tujuan blog ini juga semata-mata sebagai Pemerhati Bebas dari perspektif YOYOEY.

Esok belum tentu ada...

1 Perasaan:

yoyoey said...

test comment uoals

Post a Comment