Tahun Baru

2012... Sebuah angka yg perlu untuk aku positioning supaya senang nak menaip tarikh kat mana-mana voucher, bill atau tiket. Tapi itu tak penting.. Ada yang lebih penting untuk aku buat dalam angka 2012,  walaupun angkanya agak cantik sebab ada dua angka dua dalam 2012 tapi itu masih tidak penting dalam tahun ini, tahun baru walaupun baru sehari menjengah. Ini bermakna angka umur aku makin meningkat dan bertambah. Ianya bukan angka berat badan yang boleh diturun - turun atau dikurang - kurang tapi ianya berkadar langsung dengan kadar putaran bumi yang genap 365 kali berputar setempat tapi tahun ini ada 366 putaran kerana pada bulan februari yang juga bulan dua ada 29 hari berbanding 28 hari pada tahun-tahun lain. Jadi kawan-kawan kita yang lahir pada 29 februari akan menyambut hari lahir hanya empat tahun sekali termasuklah tahun ini. Happy birthday in advance untuk mereka. Azam? Aku x suka berazam untuk tahun baru sebab azam aku adalah berterusan dan sentiasa terkehadapan daripada tahun baru.


Published with Blogger-droid v2.0.2

0 Perasaan:

Post a Comment