"dengar citer.. book seat depan!"

Ya ampun..
Dengar citer.. baca tajuk pon dah cam sesuatu jer. Aku tidak tersentap tapi sedikit tergaman dan malu tahap dewa. Walaupun aku jenis bukan pemalu, tapi darah ke"malu"an seorang anak melayu masih mengalir dalam darah daging aku. Selepas solat jumaat tadi aku disapa oleh seorang kenalan bernama syed, budak bakti. Kata dia, "dengar citer.. book seat depan!" Ya Ampun!! dah lah comel2 ala tapak sulaiman kat tepian pantai, tiba2 tegur aku camtu lak. "mana hang tau pasal ni?" tanya aku lak. Panjang Ceritanya.... Pendekkan!

Cakap2 pasal wayang, timbul idea nak p tengok wayang beramai2. maka tugasan atur mengatur dan tempah menempah secara automatiknya akan jatuh ke muka aku. Maka dengan terujanya aku balik ke bilik terus menerjah laptop tua aku dan mengeksplorasi laman sesawang GSC dan meneroka satu persatu aplikasi yang terdapat pada laman sesawang tersebut. sekali lagi keterujaan aku semakin menjadi-jadi apabila aku sedar bahawa kita boleh membuat tempahan secara dalam talian malah membuat pembelian dan pembayaran dengan cara yang sama dengan batuan kombinasi aplikasi2 lain seperti bank2 dalam talian. Dalam keghairan aku meneroka ruang2 tanpa sempadan, aku telah dengan yakinnya membuat pembelian tiket secara dalam talian melalui pembayaran maybank2u.

Hari ini, setelah aku bawa slip butiran yang dicetak keluar dari laman sesawang tersebut ke pejabat.. maka berlakulah perbualan sebegini (sila baca dalam loghat penang):

Kak Nurul : asrul... tengok wayang mmg suka pilih seat depan ka?
Aku : mana ada.. asrul selalu amik seat belakang.. Nape?
Kak Nurul : tapi nape asrul amik L kat tiket ni? L kan depan?
Aku : eh.. kat blakanglah lah! Kat depan biasa A.. B.. C.. kan? jom tengok kat scren internet nih..
Kak Nurul : hah mana... cuba bukak sat tengok..

Lalu aku melayari laman sesawang yang dimaksudkan dengan penuh yakin.

Aku : hah... ni lah. kat blakang kan?
Kak Nurul : Tengok scren kat mana?
Aku : ha arr lah.. seat ni dok kat depan!! Ya Ampun!!



Korang bayangkan situasi yang berlaku selepas itu. Aku dah buat pembayaran untuk 11 tempat duduk. kemudian baru aku perasan yang aku telah tersalah beli tempat duduk. Dan bayangkan sebenarnya ia adalah tempat duduk baris kedua dari depan!!

1 Perasaan:

Anonymous said...

ya ampun...

Post a Comment