Aku akan Berijazah

Dah tiga tahun aku kat USM... Sedar tak sedar semuanya akan berakhir malah sudah berakhir sebenarnya! Esok lusa aku akan berijazah dan esok lusa aku akan mengalami satu peristiwa besar dalam masyarakat Timur iaitu Majlis Konvokesyen. Exited member2 aku sms dan YM aku bertanyakan pasal info itu, info ini. Yalah, dulu akulah orang paling aktif dalam menyampaikan info mifo dalam kalangan masyarakat. Tapi kini aku penat dan letih untuk memahami pergerakan alam yang makin complicated. Dah dua kali aku terima link dari member2 aku melalui YM. Link tentang info Konvo kami. Aku buat tak kisah ja. Malah langsung tak click pada link yang member aku send. Tapi, pada hari ini aku mencuba untuk click link yang diberi, namun tahap ke'exited'kan aku tetap sama tapi ada bangga disitu. Motif? Sebab nama aku terpapar dalam sistem yang boleh diakses oleh semua orang diseluruh alam maya dan alam nyata. Malah senarai itu juga menunjukkan bahawa aku telah melepasi antara saat getir dalam menempuh ranjau hidup.


Inilah aku!! kadang2 aku berbangga bergelar seorang graduan tapi selalunya aku rasa tiada yang istimewa bergelar graduan. Mungkin jiwa kacau.

Esok belum tentu ada!!

0 Perasaan:

Post a Comment