Krisis Expectatif: Sebuah Kehancuran

Aku tak nak mintak maaf sebab dah lama aku tak buat posting. Kenapa perlu minta maaf seperti sesetengah penulis blog Malaysian? sedangkan aku tak nampak apa-apa significant daripada permohonan maaf tersebut. adakah ianya suatu kesalahan jenayah atau sivil? atau mungkin ia melibatkan kesalahan moral? atau ianya mungkin suatu social responsibilities yang perlu ditanggung oleh penulis-penulis blog yang mempunyai publishing. Di Malaysia sebenarnya perkataan maaf merupakan rutin, norma malah sudah pun menjadi adat untuk diucap walaupun tiada kesinambungan dan singnifikan tersendiri. Paling penting expectation yang kita dapat. Apa yang kita expect atau jangka bila kita berhadapan dengan boss yang sedang marah? atau dengan best friends yang kita curangi? atau mungkin pembaca-pembaca blog yang menunggu posting kita  hari demi hari?... semuanya mungkin!

Mugkin perkataan maaf tak terlalu significant bagi sesetengah orang atau mungkin langsung tak terkesan bagi kebanyakan orang? tapi di Malaysia semuanya bermula dengan maaf.

"Maaf, rancangan ini tergendala untuk seketika"
"Maaf, sidang akan ditangguh sehingga diberitahu kelak"
"Maaf, mesyuarat hari ini akan dibatalkan"
"Maaf, sudah lama aku tak hantar entri kat sini"
"Maaf, tandas rosak"
"Maaf, anda tidak terpilih"
"Maaf, anda telah gagal"

"Maaf, saya tak boleh meneruskan entri ini sebab waktu maghrib bakal tiba. Saya nak mandi, gosok gigi, sabun badan dan siap diri pi masjid"

~esok mungkin tak ada

0 Perasaan:

Post a Comment