Tragedi Tanpa FACEBOOK


Dah beberapa hari aku tak on Facebook (FB). Tapi aku masih ada ja disini.
Masih ada yang sedang menaip entri ini.
Entri yang sedang kamu baca.

Entah sejak bila aku tak on FB.
Seingat aku ketika itu aku menunggu orang.
Orang yang aku gelar guest.
Guest yang akan ke Perhentian dengan speedboat kuningku. Saat itu aku ada di jeti. Keadaan gelap. Waktu itu, malam atau masih petang entah aku begitu keliru. Tapi nyamuk-nyamuk riang gembira beterbangan ria mencari maksud. Maksud yang aku kira tidak pernah kesampaian. Ketika itu aku berada di kepala jeti. Ditemani nyamuk-nyamuk sangsi dalam suasana separa gelap. Aku kira sudah malam tapi guest tadi tak juga muncul-muncul. Mereka janji nak charted speedboat aku pukul 1930 tapi sehingga kini masih begitu. Begitu adalah tidak muncul dan kini ialah 2025. Sehingga aku menaip entri ini masih juga tidak muncul. Masih seperti begitu. Aku tidak pasti dan aku mendapatkan kepastian. Namun masih begitu dengan ketidakpastian. Katanya mereka terperangkap dalam jamed dan ada kemalangan. Aku trauma. Aku tidak mengharapkan kejadian sebegitu dalam hidup aku. Kejadian yang tragis dan ianya sebuah tragedi. Tragedi nahas jalan raya, tragedi kelewatan dan yang paling tragis adalah tragedi membuang masa orang lain. Masa aku sendiri. Dari kepala jeti tedengar laungan azan isyak. Masih terdengar sayup-sayup dari beberapa buah masjid disekitar pekan Kuala Besut. Masing-masing nyata berbeda cara melaungkan azan namun yang pasti tujuan dan visi tetap sama iaitu mengajak manusia menyembah tuhan yang esa, tuhan yang satu, Allah. Tapi aku masih berhadas besar, dipenuhi dosa. Dosa semlam dan dosa hari ini. Aku sedar tapi aku tetap macam semalam. Masih manusia. Manusia yang lupakan Allah. O Allah O My Lord, please forgive me. I need Your guide and guidance.

Dah beberapa hari aku tak on FB. Tapi aku masih aku. Masih disini yang sedang menyiapkan entri ini. Sebenarnya aku dah deactivate akaun itu. Akaun FB. Bukan aku bosan tapi aku celaru. Ketika itu aku berada di kepala jeti. Dalam keadaan hadas besar. Aku brdosa dengan Allah. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim ampunkan dosa semalam aku. Hari makin malap dan terus menggelap. Guest aku belum juga muncul, masih seperti begitu. Aku seperti tadi, terus menunggu sambil kelebek akaun FB untuk kali terakhir. Jari jemariku mencari-cari perkataan setting. Link itu aku tekan dengan nekad mencari sebuah perkataan ''deactivate''

Kini aku tanpa FB. Tapi aku masih disini. Sik ada apa-apa significant bah. Hari terus berlalu. Menunggu aku reactivate FB. Tapi aku masih boleh bersabar dan mungkin akan terus bersabar. Bersabar sehingga aku kembali merindui gambar-gambar yang aku uploaded atau mungkin komen-komen yang dihantar untuk aku atau mungkin sehingga aku merindui orang yang ada dalam FB itu sendiri. Mungkin.
Kini www.facebook.com/yoyoey dalam kenangan. Tapi mungkin kembali bila rindu itu bertandang. Mungkin.









Good by my lover
Good bye facebook ~ esok aku mungkin kembali. Mungkin.
------------------------
Yoe Cr
Pulau Perhentian,
Terengganu, MY.
+6019 558 4736

0 Perasaan:

Post a Comment