Suatu Petang

Suatu petang yang damai.
Entahlah... Suatu peristiwa kelabu sebenarnya. Aku ada appointment sidang video dengan si dia. Tempat paling best aku pilih tempat biasa aku lepak, tidur, cari idea dan release tension iaitu Hujung Batu (sebuah nama tempat di kampung aku yang di penuhi dengan batu-batu alam). Sidang video aku dengan dia bertujuan melangsaikan tanggungjawab aku keatas dia. Tanggungjawab apa, yang tu korang tak perlu fikir dan tahu. Yang pasti cinta jarak jauh memerlukan pengorbanan yang lebih.

Suatu petang yang tenang...
Usai tanggungjawab aku terhadap dia, aku lepak baring-baring di atas batu yang tidak terpilih akibat terlalu banyak. Namun aku masih memilih batu yang rata dan lebar. Cukup muat untuk aku dan diri ku. Kewujudan orang ke dua, aku tak pernah ambil tahu. Secara lahiriah, aku dan diri aku sahaja.

Batu Terpilih




Suatu petang yang aman...
Aku sedang berbaring diatas batu. Batu yang agak suam selepas seharian disimbah matahari. Yang pasti aku tidak berbaju. Angin sepoi-sepoi bahasa mengimbangi kepanasan batu dan suhu sekitar yang kian suam. Petang masih damai, tenang dan damai. Aku masih berbaring. Berbaring seperti dalam snap shot dibawah. Aku cuba melelapkan mata berwarna hazel coklat ini. Tapi tetap segar walaupun didodoi bayu laut yang kini mengambil alih tugas untuk menyejukkan daratan di malam hari. Aku pasrah. Nokia E72 edisi gold (baru tukar hausing dua minggu lepas) aku capai, tujuan nak baca ceritera supaya mengantuk. Saja-saja aku review Tragedi Hidup dari mobile tapi profile kawan lama aku lebih menarik untuk di klebek. Nama dia Arib Kamen. Kawan lama aku kat USM dulu. Aku suka dia sebab dia faham aku tapi aku tak suka dia sebab dia makan banyak. Aku takut dia mengidap diabetis dan kencing manis. Aku takut dia masuk hospital. Aku takut aku hilang dia. Sambung ceritera si Arib Kamen ni. Nama drag queen dia aku panggil Aribah Aulia Saodah. Dia pun penulis blog macam aku juga. So, dalam kebosanan aku berbaring aku tekan-tekan punat keypad E72 menerjah ke blog dia. Menarik, dah lama aku tak kesini. First word yang aku baca dia tulis dia minta maaf sebab dah lama tak update blog itu dan sekarang baru dia ada masa untuk menulis - mungkin menaip sebenarnya. Selepas aku explore layout blog itu, aku ambil kesempatan untuk baca entri yang dia taip. Selepas membaca entri pertama aku teruskan lagi dengan entri ke dua dan ke tiga. Posting kelihatan terkini dan semasa. Aku masih mencari-cari tarikh publishing posting itu. Layout mobile view agak berbeza dengan web view. Rupanya tarikh itu berada jauh dihujung tajuk posting tersebut. Aku tertipu jah! Kandungan memang terkini dan semasa tapi posting ini sudah ada dalam sejarah pra sekolah sebenarnya. Paling latest dia buat posting pada Wednesday, October 7, 2009. Meletup kau jah! Tapi yang menariknya, setiap kali dia buat posting mesti si kamen ini akan minta maaf sebab dah lama tak posting, dah lama tak hantar entri, dah lama tak update blog. So setiap kali baca satu entri seolah-olah dia baru post semalam! Check it out his blog. Nanti aku sms dia link ini.

 Page blog membe aku

The latest date

Petang menjadi kabur, kusam dan kian malap. Malam akan tiba. Matahari sudah tiada. Membenarkan lumrah alam berlaku. Lumrah yang ditentukan oleh Allah S.W.T.
Laut makin pasang menandakan aku perlu pulang. Burung-burung sudah pulang dan sudah mengeluarkan bunyi-bunyi ala-ala filem seram. Tapi aku tetap aku, Yoe. Panas batu sudah hilang, angin sudah mati, matahari sudah tiada, air kian pasang. Aku perlu beredar. Maghrib akan tiba bila-bila masa sahaja. Tapi aku tenang disini. Enggan beredar. Menanti munculnya bulan. Bulan yang akan berusia empat hari syawal mengikut bulan islam. Masih peringkat bulan sabit muda.
Kini, petang sudah tiada. Gelap datang mengganti. Namun masih damai, tenang dan aman. Semuanya sebati dalam kegelapan.Dalam tragedi kita perlu mengalah. Aku pulang.
(sambil menulis entri ni, aku perasan seperti ada orang kedua sedang memerhati. Hari makin gelap, korang tengok dalam snap shot nanti. Mungkin dia disitu!).
~esok mungkin masih ada

Aku







p/s: pic aku upload later sebab Mozilla Firefox ni lambat dan lembab bila pakai kat notebook.
esok lusa aku akan launching Galaxy Tab aku!
------------------------
Yoe Cr
Pulau Perhentian,
Terengganu, MY.
+6019 558 4736

1 Perasaan:

nursuci kudus said...

Singgah... Nice blog.. N nice view too. :)

Post a Comment