Sebuah Significant: FACEBOOK

Aku tak sangka dan tak pernah menyangka. Sebab aku nak menghindari sangkaan dan tersangka.
Namun ilmu mantik mengajar kita untuk jadi sangka dan menyangka.
Ianya mengajar kita untuk sangka jika A adalah B maka kita hendaklah menyangka sesuatu C.
Sesuatu yang signifikan. Sesuatu yang bukan tersangka tapi sesuatu yang sangkaan.
Segalanya mempunyai signifikan tersendiri dan kaitan antara satu sama lain.
Kaitan antara aku, dia dan kamu.
Kaitan antara A, B dan C.

Segalanya signifikan. signifikan yang aku tidak sedari iaitu A bila aku melakukan B.
Walaupun ini bukan mantik tapi ini adalah kesan daripada akibat.
Akibat atau signifikan. Akibat daripada aku deactivate FB aku kelmarin.
Signifikan daripada melakukan B.
A ialah kesan kepada melakukan B.
B ialah deactivate FB.
A ialah signifikan.
B ialah sangka.

Apakah sangka, kesan, akibat atau signifikan yang telah berlaku akibat melakukan B?
Terlalu sign ifikan sebenarnya. Inbox sms aku bertalu-talu dengan new messeges since this morning.
Since aku deactivate FB aku, since kelmarin sebenarnya.
Beberapa messeges yang begitu signifikan bagi aku, dia dan kamu.
Menarik tapi aku keliru dan mula terfikir apa yang mereka fikirkan sebenarnya.
Peka? Sensitif? atau keliru seperti aku?

2-Sept-2011
01:03:33 pm
Apa mslh ko
rem0ve aku dr
fb? X nk angkat
f0n. Woi,klu ko
nk cr jantan
bgth je. Aku
sendiri blh
rem0ve ko dr
'list' aku.

2-Sept-2011
02:40:15 pm
Yoe, kau block
aku kt fb ker?

2-Sept-2011
03:29:11 pm
thanks sbb dah
unfriend aku kan.
~ da

Semuanya sebuah significant dari melakukan B.
B ialah deactivate FB, suatu tindakan yang aku tidak pernah sangka, menyangka dan tersangka.
Suatu tindakan yang signifikan dalam tragedi hidup.
Suatu tindakan yang aku lakukan untuk dia dan demi dia.

Mereka bukan musuh aku, malah mereka adalah antara orang yang paling menyayangi aku. Namun semuanya sebuah signifikan. Aku tak menyedari itu.

p/s: inbox email aku mula menyepi. Juga sebuah significant drp melakukan B!

0 Perasaan:

Post a Comment