Kotak Otak

Dalam kotak otak ada buah fikiran. Buah itu menerawang jauh entah memikirkan apa. Hari ni speedboat kuningku bertolak seawal 0707am. Buah itu berpusing ligat seligat kipas steel mercury optimax 225 horse power yang sedang aku pandu. Belikat ini terasa sakit. Entah apa yang berlaku semalam atau sebab pemanduan viva yang berumur seminggu membuat penukaran spring absorber kepada spring stabilizer atau adjustable? Entah, aku pon tak faham apa yang pemilik-pemilik kereta ini fikirkan. Buah fikiran kami totally berbeza. Aku orang pulau dan dia orang darat. Aku hanya mampu tersenyum bila dapat menaiki kereta apatah lagi kalau diberi peluang untuk memandu. Tapi itu dulu, sekarang aku biasa-biasa. Lenguh tanganku menaip pada keypad phone Nokia E72 warna emas. Dulu aku sangat suka dan teruja bila dapat naik kereta. Tempat kami tiada benda yang namanya kereta kecuali kereta sorong apatah lagi jalan yang berturap tar. Seingat aku, kali pertama aku menaiki benda yang beroda empat berpusing-pusing itu adalah time aku darjah tiga, tahun 1995. Dah besar pon. Entah menuju kemana aku lupa. Tapi yang pertama itu adalah berwarna merah dengan line kuning di badan, leather seat, cermin terbuka dan agak luas. Diatas bumbung kereta itu tertera perkataan 'Kereta Sewa' mungkin kat KL ditulis CAB atau TAXI. Aku disuruh duduk ditengah-tengah. Mungkin aku kecil atau mungkin aku sengaja diberi peluang utuk melihat pemandangan yang lebih telus dan luas. Inilah kali pertama kotak otak aku betul-betul berpusing ligat. Seligat tayar yang menapu kami. Buah fikiran meracau-racau memikirkan apakah selepas ini dan apakah selepas itu. Fikiranku berbuah-buah memikirkan teknologi ini, canggih dan menakjubkan. Kita tak perlu berjalan. Namun perjalanan yang aku lalui terlalu singkat, sementara dan sebentar. Aku sentiasa tidak puas. Sentiasa menanti saat untuk menaiki kereta. Dan sentiasa akur dengan masa. Waktu malam aku belum tempuhi kerana perjalananku dengan kereta sentiasa singkat. 
 
Tapi sebelum itu pada pertengahan tahun 1993 aku pernah menaiki bas, menuju ke ibu kota bersama keluarga. Aku tak ingat banyak tapi apa yang significant masih ada dalam kotak otak aku. Bas itu bergerak diwaktu malam. Ketika itu ada tingkap, seat tak semewah sekarang dan aku berjalan kesana kemari. Berjalan di dalam bas yang bergerak. Lampu dipasang tapi kadangkala ada gelapnya. Gelap ketika melewati terowong atau mungkin gua. Aku tak ingat banyak. Waktu malam naik bas meriah. Banyak lampu. Tepi jalan, tengah jalan, atas jalan semuanya ada lampu. Lampu yang bergerak laju. Selaju kotak otak aku. Bagaimana lampu-lampu ini boleh bergerak? Penat aku berfikir sehinggalah tiba di Ibu Kota. Disana lampu lagi banyak. Kemudian kotak otak ini berhenti berfikir pasal lampu yang bergerak selepas bas itu berhenti bergerak. Kini aku tahu, lampu-lampu neon itu tak pernah bergerak tapi kelajuan bus itu menampakkan ianya bergerak seiring aku. Kotak otak aku berfikir lagi malah lebih berimaginasi, kat darat meriah.. Ada lampu. Kat pulau tiada lampu.. Itu perbezaan yang aku tahu. Kereta dan lampu. Lampu yang bergerak tapi kini aku tahu ianya sebenar berhenti. Kedua-duanya membuatkan aku teruja untuk naik ke darat.

Tapi itu dulu. Kini kami orang pulau dah punyai kereta sendiri dan tersendiri. Namun apa yang sama kereta itu masih lagi di darat. Tiada di pulau. Tempat kami masih lagi tiada kereta. Mungkin kami tak perlu atau jalan berturap tar masih tiada. Aku suka begini.
Kamu?

~esok belum tentu ada.
------------------------
Yoe Cr
Pulau Perhentian,
Terengganu, MY.
+6019 558 4736

0 Perasaan:

Post a Comment