Bila Matahari Terbit


Hari-hari kita tengok matahari tapi susah nak tengok matahri timbul. Tapi aku hari-hari tengok matahari timbul, timbul diufuk timur, timbul dari Jepun. Walaupun aku tak tahu negara itu tapi aku yakin disanalah Jepun, nun disana disebelah terbitnya matahari. Hari-hari aku tengok matahari terbit, terbit dari arah Perhentian Besar. Sedang aku leka bekerja di Pantai Long Beach, matahari itu terus menyuluh yang asalnya berbalam-balam dengan warna merah tak memancar, merah biji saga, merah yang sangat cantik. Aku rindu saat itu! 

Tapi kenapa aku perlu rindu? padahal aku tahu bahawa esok matahari sebegitu akan muncul lagi, muncul sebagaimana hari ini. Merah saga berbalam-balam, muncul dari arah timur. Tapi aku tak tahu adakah esok masih ada. 
Tapi kenapa aku perlu rindu? sedangkan pagi tadi aku baru melihat matahari itu. Tetap sama berbalam-balam merah saga. Tapi pagi tadi tidak semerah saga. Mungkin langit mendung kelabu atau boleh kata mendung silver!
Tapi kenapa aku perlu rindu? sedangkan aku tahu bahawa matahari itu akan ada disitu untuk aku. Untuk aku lihat dia, untuk aku nikmati hari-hari yang mendatang dan untuk aku tahu bahawa dia tetap disitu untuk aku.
Ya aku tahu dia ada disitu untuk aku tapi aku tak yakin dia akan ada disitu selamanya untuk aku.

Hari-hari aku tengok matahari muncul. Tetap sama, muncul dengan merah saga berbalam-balam dan kemudiannya memancar terik menjadi garang. Matahari yang sama dan tetap sama setiap hari walaupun hari-hari yang berbeza. ya, hari-hari yang dilalui adalah berbeza. Tidak sama seperti semalam walaupun matahari yang aku lihat adalah sama. Yang sama muncul dari ufuk timur. Yang kemerah-merahan seperti semalam. Namun semalam adalah kenangan. Kenangan yang aku tak pernah terfikir akan menjadi semanis madu atau sepahit hempedu. Tapi hari ni adalah realiti. Realiti sebuah kehidupan walaupun bukan sebuah tragedi. Dan esok hanyalah sebuah harapan. Harapan aku untuk melihat matahari seperti hari ini dan hari-hari sebelum ini. Harapan aku untuk dia sentiasa ada untuk aku!

Hari-hari aku tengok matahari terbit, terbit dari ufuk yang sama. Tapi entah sampai bila, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jangan sampai ufuk barat memain peranan. Tiba masa kita akan menyesal. Menyesal yang berpanjangan. Menyesal yang tiada gunanya. Menyesal yang tiada menyesalan.
Hari-hari aku tengok matahari terbit, terbit dengan warna yang sama, tak pernah berubah-ubah, tetap merah berbalam-balam. 
Hari-hari aku tengok matahari terbit tapi ada ketika tidak memancar, ada ketika tidak berbalam dan ada ketika tidak segarang hari-hari biasa. Mungkin hari itu hujan turun bersama terbitnya matahari atau terbitnya matahari dikala turunnya hujan. aku tak pasti, hanya Allah yang amat mengetahui.

P/s: Puasa dah nak buka, aku chow dulu. esok aku harap aku dapat lihat matahari itu lagi. 
beduk dah berbunyi.

0 Perasaan:

Post a Comment