Kerna Terpaksa


Kerna Terpaksa atau Kerana Terpaksa? kedua-duanya punyai significant dalam hidup aku, engkau, dia dan kita. Ianya bukanlah sebuah konspirasi yang mengalami komplikasi akan tetapi ianya sebuah keadaan yang tidak terduga dan tidak menduga. Siapa duga akan suatu hari nanti kita akan cakap "kerna terpaksa!". 
Yeah, banyak situasi yang menduga kita untuk jadi kerna terpaksa dan semuanya kerana terpaksa. 
Kita telah termengandungkan anak orang yang kita tidak cintai! 
Kita telah termakan budi dengan orang yang kita tidak cintai! 
Kita telah memberi harapan kepada orang yang kita tidak cintai! dan
Kita telah melunturkan perasaan cinta kita terhadap orang yang kita cintai. 
Semuanya memerlukan sebuah tanggungjawab daripada kita. Tanggungjawab yang terpaksa kita tanggung diatas perbuatan yang kita kira tidak diduga mahupun terduga. Tanggungjawab yang terpaksa kita pikul untuk menjaga hati semua pihak. Untuk menjaga hati aku, engkau, dia dan kita.

Situasi aku berbeza namun tetap sama, semuanya kerna terpaksa!
Dia mencintai aku sepenuh hati, jiwa dan raga dia. Namun bila mana wujud keadaan-keadaan seperti diatas, aku merasakan semuanya adalah kerna terpaksa. Terpaksa sayangi aku sebab nak jaga hati aku? terpaksa sayangi aku sebab termakan budi aku? terpaksa sayangi aku sebab kasihani aku? atau terpaksa sayangi aku kerna terpaksa? Semuanya diluar kotak pemikiran aku. Out of my box!

Buat masa sekarang aku takder apa-apa plan. 
Bak kata dia.. kita tunggu dan lihat.
Bak kata kawan-kawan aku.. sabar ja lah YOE!

0 Perasaan:

Post a Comment