Kegusaran dalam Kesempitan

Berduyun-duyun manusia dari Europe sampai kat office aku. Mereka gusar dan risau dalam kesempitan. Kesempitan pejabat aku yang hanya sebuah lot pejabat jenis ticketing tapi lebih besar daripada yang biasa dan bukan sekadar luar biasa. Apa yang aku ingin perkatakan bukan tentang keadaan dan suasana disini, tapi tentang apa yang aku fikirkan. Apa yang aku fikirkan menjadi sebuah kegusaran. Sebuah kegusaran dalam kesempitan yang kian menyempit. Menyempitkan otak aku dan menyempitkan apa yang aku fikirkan. 

Sekejap lagi aku ada trip. Tepat pukul 2.00 aku fikir. Semua guests dah bersedia. Tapi aku masih lagi kegusaran. Namun tidak lagi bagi mereka setelah tiket speedboat diperolehi dan penginapan sudah diselesaikan. semuanya sudah menjadi lapang. Selapang haluan boat menuju ke Pulau Perhentian. Aku menaip dengan cepat dan menterjemahkan apa saja yang melimpas di dalam fikiranku. Masih tak berubah. Tetap gusar dan terasa sempit. Mereka akan mengikut aku ke jetty selepas ini. Kami berjalan kaki beriringan. Mereka tidak lagi gusar kerana ada aku yang akan guide mereka dan akan pandu boat untuk ke destinasi mereka. 

Namun aku? 

0 Perasaan:

Post a Comment