Silver VS Grey


Aku ada exactly lima belas minit untuk mencipta entri ini sebelum speedboat kuningku meronta-ronta untuk dipandu laju. Begitu juga dengan masa yang aku ada untuk entri ini.. berjalan laju, selaju wang yang keluar masuk kedalam drawer Suhaila Shop kat Long Beach. Aku dipinjamkan untuk berada di kaunter Suhaila Shop sementara Hasmah dok membusy kat pantai layan geng-geng Itali yang tak faham English.

Silver atau Kelabu? Aku masih confuse! Adakah silver itu sebenarnya kelabu atau kelabu adalah sebenarnya sebahagian daripada silver? Masih teringat aku pasal sms dari dia yang cadangkan kami beli baju raya tahun ini dengan warna yang sama. Seiring dan sedondon katanya. Aku apa lagi, berbunga-bunga lah hati ini menanti saat-saat dilamar untuk beli baju raya dengan warna yang sama. Memang dari dulu aku nak cadangkan tapi biarlah dia yang mulakan sebab aku tak nak dibilang sebagai nak atur ini dan nak atur itu. Biarlah semuanya datang dari dia. Then aku cakap yes, menarik gak cadangan dia. Tapi color apa? Then dia cadangkan color yang orang jarang pakai. Aku tanya lagi, color apa? Katanya color silver ok? Aku cakap menarik! Jom-jom.

Tapi berfikir aku sejenak dan seketika sambil memandu speedboat kuningku. Adakah color silver itu sebenarnya color kelabu? Dia Si Putih dan aku Si Hitam. Sesuaikah aku? Ermm.. sebenarnya menarik gak color silver atau mungkin aku lebih suka memanggil ianya sebagai warna kelabu. Kerana aku masih tidak punyai koleksi baju berwarna silver itu. Kerana aku inginkan warna-warna masa hadapan. Kerana dunia masa hadapan banyak digambarkan dengan warna-warna silver dan steel. Kerana dunia masa hadapan banyak digembar gemburkan dengan peranti yang sophisticated berwarna silver. Jadi aku suka itu! atau aku sukakan pilihan dia? Sebenarnya itu chemistry atau kimia antara kami dan sememangnya aku terfikir dan berfikir akan warna ini. KELABU!

p/s: Aku terlangkau tiga puluh minit kehadapan selepas entri ini siap ditulis. Melangkau masa kerja aku.
p/s: crazy busy Suhaila Shop time aku jaga counter. Ya Allah murahkan rezeki aku, dia, engkau, kamu dan kami.

~esok belum tentu ada.

0 Perasaan:

Post a Comment