Penyu Dalam Besen


Tajuk entri kali ini agak sinonim bunyinya dengan sebuah filem yang berjudul ''anu dalam botol'' yang kemudiannya diubah kepada tajuk ''...dalam botol''. Namun ianya bukanlah sebuah metafora tetapi sebuah dilema dan realiti kehidupan masayarakat moden semata - mata yang cuba diinterpretasikan melalui pemilihan judul tersebut. Namun, masyarakat kita pada hari ini masih lagi tertutup dengan isu-isu sensitif yang meerlukan pemahaman yang besar, luas dan terbuka. 

Tinggalkan konflik dan dilema anu dalam botol. Kali ini aku ingin memperkatakan tentang penyu dalam besen. Anak penyu sebenarnya. Jenis Green Turtle yang dari mula-mula kami jumpa sampai sekarang hanyalah empat ekor sahaja. Mana yang lain? Setahu aku kembar-kembar mereka sudah dimakan oleh entah sesiapa sahaja semenjak dari telur lagi. Jadi, bagi menyelamatkan keadaan, kami mengambil mereka untuk dilepaskan kelaut. Namun perjalanan mereka ke laut lepas begitu mencabar untuk diteruskan. Berfikir sejenak aku, "kalau simpan dalam besen cam zaman aku budak-budak dulu?" Idea yang agak baik, boleh aku bagi nasi, roti, dan kadang-kadang ikan rebus atau hirisan sotong mentah.

Mengimbau kembali ketika aku zaman kanak-kanak, parents aku kejutkan aku seawal pagi, pukul lima untuk mengikut mereka mencari telur penyu. Sememangnya penyu jenis ini bertelur awal pagi atau lewat malam. Zaman itu terlalu banyak penyu yang bertelur merata rata tempat dan ianya merupakan salah satu sumber rezeki kami. Bila terlalu banyak penyu-penyu tersebut meninggalkan telur dan tak terkutip oleh kami, maka sesetengah lubang yang ditinggalkan akan menetaskan anak penyu. Ketika ini lah saat paling riang untuk aku sebab aku akan memiliki pet untuk didampingi. Mungkin untuk sepanjang tahun atau sepanjang hidup aku. Itu yang aku fikir. Tapi bila hari kian menginjak dewasa barulah aku terfikir bahawa kita sebenarnya mempunyai terlalu banyak tanggungjawab selain menjaga anak penyu yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah S.W.T tentang takdir dan lumrah alam yang perlu dijalani oleh anak-anak penyu tersebut.

Aku sedar dan redha tentang takdir dan ketentuan penyu dalam besen yang dimiliki oleh aku suatu ketika dulu. Jika di dalam besen, semuanya tidak teratur. Kadang-kadang terlebih makan dan kadang-kadang terkurang makan. Kadang-kadang air terlalu sejuk akibat hujan semalam dan kadang-kadang sedikit panas akibat pancarang mentari yang menumpu di dalam besen. Namun Allah maha bijaksana, telah mengaturkan selengkap-lengkapnya perjalanan biologi makhluk yang diciptaNya. Aku sememangnya tak larat dan tak layak untuk menjalankan kerja-kerja tuhan. Terfikir sejenak, kalau dilautan lepas tentu penyu dalam besen ini bebas berenang, makan mengikut kapasiti keperluan mereka, survive mengikut cara biologi mereka dan kalaupun dimakan dek haiwan pemangsa, alam pasti redha kerana itu yang terbaik bagi mereka.

Sesungguhnya yang terbaik dan sesempurna itu datanya dari ALLAH S.W.T
dan apa yang kurang dan salah iti datangnya dari diri kita sendiri.

0 Perasaan:

Post a Comment