The Sunglasses


Time sekolah dulu cikgu aku ada emphasize pasal sunglasses ni. Dia cakap, untuk cermin mata kita kata sunglasses bukan sunglass. Dia kata lagi, cermin mata ni ada dua sebenarnya satu kiri dan satu kanan. Jadi, ianya plural dan bukan singular. Oleh itu, kita perlu tambah 'es' dibelakangnya. Itu formula katanya lagi.  Dulu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaaan Pulau Perhentian (SKPP). Terletak di sebuah pulau yang terpencil dan dikatogerikan sebagai rural area. So kat sini English diajar dalam Bahasa Melayu. Semuanya dalam Bahasa Melayu. Tapi aku tak pasti method sebegini berkesan atau tidak untuk kami sebab sehingga aku ke Sekolah Menengah dan tamat aku masih lagi tak boleh survive dengan bahasa ini. Semuanya menggunakan formula. Bila banyak tambah 's' bila satu guna perkataan asal, bila begitu buat begini dan bila begini buat juga begini. Kami hanya tahu formula tapi tak tahu asas kepada struktur ayat itu sendiri. Mungkin sukar atau mungkin method tersebut salah! totally wrong. Personally aku nak cakap its wrong. Tapi tanpa method sebegini aku, kawan-kawan aku dan mereka tentu langsung tak berminat untuk belajar English dan tentu langsung kami tak akan faham apa-apa dan mengapa. Mengapa kami belajar English dan mengapa kami diajar English. Lupakan dilema tragedi di kampung~

Apa yang aku ingin perkatakan adalah pasal sunglasses itu sendiri. kami kat sini kata sebagai spek. Spek Hitam!. aku perlukan tools ini untuk bekerja sebab Bila Matahari Terbit dilautan lepas, pantulan cahaya dari permukaan laut akan menghalang vision pemanduan speedboat kuningku. Tapi kebanyakan masa aku memang tidak suka pakai spek. Bukan aku ni jenis tak bergaya atau jenis tak sayang mata tapi sambil drive speedboat terfikir-fikir aku, kenapa perlu aku pakai benda ni? Aku lebih suka tidak pakai kecuali terlalu silau. Aku dapat rasakan bahawa mata aku tidak secara optimum untuk menikmati pemandangan laut lepas, mata aku tidak secara ultimate untuk melihat vesel-vesel yang melimpasi lautan luas dan aku seolah-olah tidak bersyukur diberi peluang melihat keindahan ciptaan Allah secara telus dan terang. Aku memang sentiasa terfikir dan berfikir. Namun untuk memikirkan apa yang aku alami, itu bukan aku. Aku tidak sekuat itu.

~ hari esok belum pasti ada

0 Perasaan:

Post a Comment